Boat Noodle

Khamis, 2 Jun 2016

Hari khamis lepas, aku ke KL Sentral untuk berjumpa dengan kawan sebab nak berbincang pasal tempat untuk kami Praktikal (On Job Training). Sebenarnya tempat pun dah ada just nak isi surat-surat penting tulah~

So, dalam pukul 10.30 sampai KL Sentral kebetulan member pun baru tiba. So ambil Monorel pergi Berjaya Times Square. Sampai TS dalam 11 pagi begitulah rasanya. Kebetulan aku tak makan lagi, so kami pergilah cari tempat makan. And jumpa Restoran Boat Noodle. Jenguk punya jenguk, aku masuklah cari meja. Ala berdua je so ambik tempat kecik jelah demi menghormati orang lain. 

Aku ni jenis Introvert tapi takdelah teruk sangat. Boleh lagi bergaul dengan orang lain. Panggil pelayan ambik order. Hmm, aku kalau pergi Boat noodle aku jenis tak makan banyak. Paling banyak 4 mangkuk jelah. Sampai sekarang ni aku tak hafal sangat jenis minuman yang ada kat Boat Noodle. Aku order Teh apa entah hehe.



Kadang nak tunggu dorang hantar order memang lama dalam 15 minit. Tu paling cepat, paling lama nak dekat sejam, Itu dululah. Naik bengang juga masa tu. 

Dalam sejam juga kat Boat Noodle tu nak habiskan makanan, tapi makanan tetap habis. Sudah lapar kan makan apa-apa pun habis. Bab Selfie, aku memang tak terlepas peluang selfie-selfie ni. Tapi bengang juga bila orang pandang-pandang. Heh macamlah dorang tak selfie kannn. 

Sesuai selesai menghabiskan mee sampan, mestilah nak chaw. Tapi bersabar dahulu sebab perut penuh hehe. Borak-borak dulu apa-apa yang menarik masa cuti sem vokey ni. Ala cuti takat dua minggu je. Vokey je pun. 



No comments: