Awak Introvert ?

Sabtu, 4 Jun 2016





Kamu semua tahu maksud Introvert? 
Kalau Ya bagus, kalau Tidak jom teruskan membaca.

Introvert ni adalah satu personaliti manusia yang lebih kepada dengan dunianya sendiri. Manusia yang memiliki peribadi Introvert ni lebih cenderung menyendiri daripada kehidupan luar iaitu kehidupan sosial seperti bergaul, berkumpulan, mencari kawan dan sebagainya.

Manusia berperibadi Introvert lebih banyak berfikir dan tidak suka beraktiviti luar. Mereka ni juga lebih tenang dengan tempat yang sunyi atau tempat yang tidak banyak gangguan. Tak semestinya Introvert ni sombong ye. Introvert tak sombong tapi pendiam. Dia lebih suka bekerja sendiri misalnya kalau ada assignment, dia lebih suka individu daripada berkumpulan. Lagi mudah kan?


Jangan pandang rendah dengan Introvert, seorang Introvert lebih suka berfikir dan semestinya diam-diam ubi berisi gitu. Introvert mungkin lebih suka bergaul dengan keluarga kerana keluarga lebih rapat dan memahami kehendak mereka dan personaliti mereka. 

Lebih kurang Introvert ni pemalu dan pendiamlah. Tapi tidak semestinyalah. So, korang pun boleh teka personaliti dan peribadi apa yang ada pada diri korang. Kita lebih kenal diri kita berbanding orang lain mengenali diri kita sendiri. 

Ciri-ciri Seorang Introvert:-

1. Suka bersendirian
2. Berfikir
3. Pemalu
4. Pendiam
5. Lebih suka bekerja individu
6. Lebih mudah berinteraksi dengan seorang sahaja.
7. Susah bergaul dengan orang ramai
8. Mudah berimaginasi
9. Lebih suka dengar orang bercerita (pendengar yg baik!)
10. Lebih suka mengungkapkan sesuatu perasaan dengan tulisan (perkataan)

Jadi kesimpulannya, setiap diri manusia mempunyai personaliti yang berbeza. Mungkin awak seorang Extrovert? Mungkin? Kenali diri anda! :)

Betul tu !


No comments: