Monday, 6 Jun 2016.
Bagaimana dengan Puasa di Hari Pertama anda ?
Pasti berbagai ragam ketika bersahur kan ?
Hari ini, bayangkan satu family lambat bangun Sahur. Lagi 10 minit nak masuk waktu Imsak beb ! Nasib baik nasi dan lauk sudah siap sedia dimasak pada malamnya. Jika tidak, mampus tidak bersahur. Ya, bukan bermaksud Sahur tu untuk elakkan lapar seharian tetapi alangkah lebih baik jika kita bersahur bukan ?
Aku dengan family makan macam kilat pagi tadi. Sepinggan nasi habis dan secawan air juga habis lesap selamat dalam perut. Nasib baik kami sempat dan bukan jenis makan perlahan. Setelah selesai menikmati sahur paling laju abad ini, Imam Masjid berucap Imsak Imsak dan Imsak. Berhenti makan dan minum. Fuhh bernasib baik dapat bersahur pada Ramadan yang Pertama ini.
Setelah selesai solat Subuh, aku bersengkang mata siapkan Proposal untuk Projek Tahun Akhir yang akan dihantar selepas cuti semester. Malas tu memang malas tetapi nak mengelak pun tak boleh. Sebenarnya aku malas nak ambil tahu mengenai Projek Tahun Akhir untuk Sem depan. Bayangkan, semua idea di reject dengan alasan yang tidak masuk akal. Proposal yang dibuat telah di reject oleh Penyelia disebabkan penulisan tidak bagus dan tidak menepati ciri-ciri yang dimahukan. Aku rasa penulisan aku tidaklah seteruk mana. Mungkin ini dugaan untuk kami sekumpulan. Mahu tak mahu terpaksa terima juga.
Aku sambung tidur. Selepas bangun, aku rasa seperti mahu menjamah biskut di dalam peti sejuk. Ya, aku lupa hari ni Puasa. Aku bersabar sahaja lalala ~
Bagaimana dengan Sahur anda ?
Adakah kelam kabut seperti aku ? ;)