Manuskrip


Tuesday, 7 Jun 2016,


Selesai berbuka, aku berkesempatan untuk update blog...

Okey memandangkan tajuk pun MANUSKRIP meh aku cerita. Sebenarnya hampir 2 bulan aku sudah mengarang satu cerita. Tidak dinafikan aku memang mempunyai minat dalam bidang penulisan sejak kecil *ceh ceh* tetapi masa tu berkesempatanlah nak mengarang apa-apa. Mengarang cerita cinta jangan haraplah aku pun tak tahu bercinta. 

Aku rasa apa yang aku karang tidaklah sehebat mana pun. Hanya mahu mencuba nasib hantar Manuskrip ni pada blablabla. Korang tak payah tahulah dekat mana aku nak hantar. Tapi aku berharap Manuskrip 3 bab terawal ni mereka terimalah. Aku bukan buat hangat-hangat tahi ayam. Punyalah bersungguh-sungguh aku menaip setiap malam bukan hari. Dengan berbekalkan lagu yang aku dengar menemani aku untuk mencipta sebuah imaginasi. 

Sebenarnya semua ini hanyalah imaginasi aku. Aku tak yakinlah apa tajuk untuk Novel ni. Aku akan memikirkannya di akhir. Aku tak buat rangka cerita pun hanya berbekalkan imaginasi aku. 

Mengisahkan sekumpulan remaja yang mengalami detik-detik tragis. Hidup mereka dibayangi dengan pembunuh yang semakin menggila. Setiap yang mati tidak akan sempurna malah langsung tidak dapat menjumpainya. 


Hmm amacam? Hahaha. Rasanya sudah ramai penulis yang mengarang cerita pembunuhan tetapi setiap jalan cerita berbeza bukan ? 

Aku tidaklah terlalu mengenal dunia hanya mengenal dunia sekeliling. Segala yang tertera hanyalah imaginasi otak yang memproses setiap kali jari menyentuh keyboard. 

Tidak salah jika kita mencuba ? 
Aminkan daku yang mahu mencuba nasib sebagai penulis yang kerdil.

Assalamualaikum.

No comments: